Penyanyi Slam, Zamani Ibrahim masih lagi tinggal di Pengasih untuk merawat ketagihan dadah.
Nampaknya peminat penyanyi Gerimis Mengundang itu sentiasa diingati dalam apa jua situasi. Buktinya kiriman hadiah kepadanya.
Ada peminat yang kirim hadiah sempena Ramadan ini. Ada juga yang kirim kad ucapan dengan kata kata semangat.
Antara hadiah yang diterima ialah baju Melayu. Bolehlah digunakan menjelang hari raya nanti.
“Terima kasih di atas hadiah hadiah ini,” kata Zamani melalui pengurusnya Johan Aziz yang bertandang melawat.
Dalam foto yang dikongsi oleh Johan, Zamani kelihatan berisi dan rapi penampilannya. Dia juga kelihatan ceria.
Sejak tinggal di sana, Zamani sering mendapat feedback positif daripada peminat. Rata rata peminat mendoakan dia bebas daripada masalah tersebut dan kembali aktif.
MANGGA ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "MAKIN KACAK !!! Zamani Terus MUNGGIL di PENGASIH !!!"
Post a Comment