NO GOMO GOMO

NO GOMO GOMO

Gambar Anak HARITH Iskander Dalam Laman PORNO




Sebuah laman web pornografi kanak-kanak yang dipercayai merupakan laman web dari Malaysia telah menyiarkan gambar anak lelaki pelawak Harith Iskander yang berusia tiga tahun bersama gambar kanak-kanak lain.

"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith dalam posting Facebooknya, semalam.

Teks pada laman web tersebut yang ditulis dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris membuatkan Harith yakin ia adalah dari Malaysia dan mempunyai kapsyen "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan, dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=882821&extra=

0 Response to "Gambar Anak HARITH Iskander Dalam Laman PORNO"

Post a Comment