NO GOMO GOMO

NO GOMO GOMO

EKSKLUSIF : Pengakuan BERANI MATI Tasha Shila !!!


Ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Selebriti Metro Ahad, Isnin lalu, Tasha seperti dapat mengagak dia bakal diajukan soalan yang hangat diperkatakan, bukan saja di kalangan wakil media tetapi juga teman artis. BACA LAGI














GELARAN Artis Baru Wanita Popular dimenangi bintang muda yang mencipta nama, Natasha Sheila Abd Razak atau Tasha Shila, 25, di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada 8 April lalu, mencetuskan kontroversi.


Ada mengatakan pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang dan Sahara itu ditaja seorang duda berpangkat Datuk, dikenali dengan panggilan Datuk J.

Menurut dakwaan yang tersebar, Datuk J memberikan sejumlah wang kepada Tasha untuk membeli akhbar Berita Harian sehingga satu lori banyaknya, manakala ahli kelab peminat pelakon itu seramai 40 orang membantu untuk menguruskan undian buatnya.



Bukan itu saja, gadis berasal dari Ampang, Kuala Lumpur itu juga dikatakan menempah bas untuk peminatnya menyaksikan detik gemilang itu di Arena Of Stars, Genting Highlands bersama bilik penginapan. Pelakon itu turut membawa pengawal peribadi mengiringinya menghadiri majlis itu.

“Sewaktu hendak datang ke sesi fotografi ini, saya seperti mahu memakai ‘baju kalis peluru’. Pastinya saya akan menerima tembakan membabitkan isu yang hangat diperkatakan ini. Sebaik menang, saya sedar ramai bercakap dan bertanyakan perkara sama.

“Bagi saya, kemenangan ini adalah rezeki. Sekali pun benar saya ditaja untuk membeli undi, tetapi sekiranya takdir tertulis bukan rezeki saya, pasti malam itu saya tidak akan menang.

“Banyak sangat nama Datuk yang dikaitkan dengan saya sebelum ini. Ada Datuk T, Datuk K dan sekarang Datuk J. Apa pula kaitannya Datuk hendak menaja saya. Itu semua tidak benar. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana Datuk dan inilah kenyataan sebenar.

“Tidak dinafikan, saya mengenali Datuk J yang dimaksudkan. Masalahnya, kami hanya kenalan biasa dan saya mengenalinya menerusi rakan artis juga.

Kami pernah bertemu tetapi turut ditemani teman artis lain. Kami berbual dan bercakap seperti rakan lain. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah wujud perasaan cinta antara kami,” katanya.

0 Response to "EKSKLUSIF : Pengakuan BERANI MATI Tasha Shila !!!"

Post a Comment