MT UMNO Minta Najib Undur Petang ini
Menurut laporan MalaysiaKini yang memetik penulisan blog peribadi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang memberitahu beliau difahamkan keseluruhan ahli MT telah menerima hakikat bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib sudah tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya dalam parti sendiri.
Justeru itu, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan petang ini, seluruh MT UMNO yang hadir akan meminta Datuk Seri Najib secara ikhlas dan bersopan agar berundur demi kebaikan parti.
Menulis dalam blognya juga, Zainuddin turut mengaitkan kemungkinan itu dengan memetik kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pada sidang media pagi ini.
Zainuddin berkata Shahrizat telah pun memberitahu, apa pun yang akan berlaku, biarlah seperti menarik benang dalam tepung supaya parti jangan berpecah. - CARI INFONET
Artikel Asal : http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=19366
0 Response to "MT UMNO Minta Najib Undur Petang ini"
Post a Comment