NO GOMO GOMO

NO GOMO GOMO

INI UNTUK SEMUA YANG BERNAMA PEMANDU



KUANTAN - Polis Pahang kini memburu sebanyak 84,781 pesalah trafik yang memiliki waran tangkap di negeri ini yang masih belum menjelaskan saman masing-masing dengan nilai tertunggak berjumlah RM25 juta.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pesalah trafik yang masih gagal menjelaskan saman di mana-mana balai polis sebelum 19 Mei ini, bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk ditangkap untuk didakwa di mahkamah.

"Mereka boleh membayar saman sebelum 19 Mei ini atau tunggu kita tangkap. Polis tiada pilihan lain dalam mencari penyelesaian kerana jumlah waran tangkap membabitkan pesalah trafik semakin meningkat.

"Sejak 2003 hingga 25 April lalu, sebanyak 214,073 waran tangkap dikeluarkan kerana masih ramai yang tidak mengendahkan notis saman yang diberikan kepada mereka," katanya pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan polis tetap akan menggunakan pendekatan lebih berhemah tetapi tegas dalam melaksanakan operasi ini.

Bagi mengesan pesalah trafik tegar ini, katanya Polis Pahang akan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk membuat sekatan jalan raya, serta tangkapan di tempat kerja dan premis perniagaan.

"Pemeriksaan terbuka turut dibuat di tempat awam seperti di perhentian bas dan teksi. Oleh yang demikian, saya menyeru individu yang mempunyai saman tertunggak atau mungkin waran tangkap segera membuat semakan di mana-mana kuanter trafik," jelasnya.

Sementara itu dalam 'Ops Roda' yang dijalankan di luar 12 sekolah menengah di seluruh daerah di negeri ini semalam, Polis Trafik Ibu Pejabat POlis Kontijen (IPK) Pahang mengeluarkan sebanyak 270 saman melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

"Daripada 270 saman tersebut sebanyak 119 atas kesalahan tidak memiliki lesen sah dan sebanyak 14 motosikal turut disita," katanya di sini hari ini.

Antara kesalahan lain, ialah cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, nombor plat motosikal yang diubah suai, tidak memasang lampu motosikal, tidak menampal pelekat 'P' dan tidak memakai topi keledar.

Katanya, sekolah terlibat ialah SMK Teknik Kuantan (15 saman), SMK Beserah, Kuantan(57 saman), SMK Temin, Jerantut (19 saman), SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis (13 saman), SMK Dong, Raub (56 saman) dan SMK Sulaiman, Bentong (sembilan saman).

Katanya, turut terlibat SMK Maran 2 (43 saman), SMK Kerayong, Bera (11 saman), SMK Teknik Rompin (10 saman), SMK Kampung Raja, Cameron Highlands (tiga saman), SMK Tengku Abdullah, Pekan (26 saman) dan SMK Temerloh Jaya, Temerloh (lapan saman). - Bernama

0 Response to "INI UNTUK SEMUA YANG BERNAMA PEMANDU"

Post a Comment